(Friend)_sahabat yang sejati lahirnya dari niat yang ikhlas untuk menjalinkan hubungan persahabatan yang bailk. Hargailah mereka kerana mereka sentiasa ada dengan kita walau apa pun yang terjadi..Kawan merupakan tempat kita meluahkan perasaan dan meminta pertolongan sekiranya ada sesuatu yang terjadi dengan kita. Biarlah kita sebagai seorang sahabat sama-sama mengharungi semua halangan yang menimpa hidup kita bersama-sama. Tanpa seorang sahabat kita kesunyian..di mana ada sahabat di situ jualah kita. Jangan kita khianati ketulusan hati mereka. Sekali kita mengkhianatinya, Mereka x akan percaya dengan kita sampai bila-bila. Kawan yang sejati susah dicari...hargailah kawan yang ada di hadapan kita. Jangan kerana mulut badan binasa.
(Family)_Orang yang berada dekat dengan kita adalah family kita. Kat mana pun kita pergi, di situ jualah tempat kita pergi. Sayangi mereka dengan penuh kasih sayang. Jangan menderhakai mereka. Jangan menyesal tika suatu hari nanti kita akan kehilangan mereka, menyesal di kemudian hari tidak berguna. Kerana orang yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Walaupun seribu kali kita menyesal, sudah tidak berguna lagi. Hanya doa yang dapat kita sedekahkan. Sentiasa lah berdoa untuk mereka walaupun mereka berada jauh di mata. Hidup kita di dunia ini ibarat seorang perantau yang hanya singgah di dunia ini untuk mengumpul bekalan ke akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment